Minum Susu

-- ada rupanya doa minum susu Alhamdulillah 😊

Alhamdulillah Lil Saabirah berjaya disapihkan dari Susu Ummi.

Antara mutiara pengalaman BF yang mencabar dengan anak2 yang rapat ni:

🍼🍼🍼🍼🍼🍼🍼

1. Ummi gigihkan juga cukupkan tempoh anak2 menyusu sehingga 2 tahun. Joyful Beauty dan Lil Saabirah. Juga Lil Saabirah dan Peaceful Joy. Berangan jap beginila sekiranya ade anak kembar. Masya Allah.

2. Usaha menyapihkan Joyful Beauty dan Lil Saabirah bermula setelah berumur 2 tahun. Dan tempoh pemisahan yang Ummi niatkan ialah lebih kurang 1/2 tahun, seperti menyapihkan Strong Boy dulu.

3. Memory sedih menyapihkan Joyful Beauty rase tidak berapa Joyful huhu kerana agak memaksa dia. Rasa bersalah sehingga kini. Allah beri pengalaman sebelum ilham. Mgkin juga kerana terpengaruh dengan didikan sesetengah pengasuh disekeliling kita. Beri pujuk dan mmg bertegas tidak beri susu Ummi.

Allah uji Taska kami pula diserang HFMD dan Joyful Beauty kene ulser mulut yang agak teruk sehingga dia tidak reti menyusu selepas itu. Dan terus diberikan Susu Choc DL. Allah lebih Memahami ketika itu.

4. Alhamdulillah pengalaman berbeza menyapihkan Lil Saabirah pula. Antara yang Allah beri ilham ketika itu (kerana teringat semasa mengandung Peaceful Joy, Lil Saabirah boleh minum Susu Mikigo dari botol Tiny Touch) Fikir dan fikir Ummi cuba, berikan Susu Ummi setelah baki yang Peachful Joy minum.

Juga sambil membantu Lil Saabirah bercakap, minta dia ulangi apa yang Ummi sebut. Alhamdulillah aktiviti yang indah ketika itu bagi memperindahkan semula hubungan Ummi dengannya (Semua business ade cabarannya) Pelbagai yang dapat Ummi ajak Lil Saabirah sebut. Bila Lil Saabirah terus meminta susu Ummi mengajaknya mengulangi satu ayat. Samada doa, hadis, tagline Little 'Abd, Al-Faatihah dan apa sahaja yang soleh terlintas di fikiran.

5. Sementara itu kempen Susu Choc DL telah dimulakan sebelum Lil Saabirah berumur 2 tahun. Sebaik sahaja Ulangtahun kelahirannya yang ke-2 itu, Ummi cuba sedaya upaya menyediakan Susu Choc DL sebelum dia minta. Ummi mulakan dgn buat secawan + straw + sudu (ntah napa kekal ja ade sudu smpai sekarang mgkin nampak unik dari air lain hehe). Kenapa Cawan dan Straw sahaja? kerana lebih senang untuk basuh dan mereka tidak terikat atau terlalu attached dengan satu botol dan putingnya. 

Bagi memudahkan Lil Saabirah faham, ummi akan sediakan sekali dengan kakaknya Joyful Beauty yang telah dibiasakan bersama kakak2nya di Taska sebelum ini.

6. Alhamdulillah mudah Lil Saabirah membiasakan diri. Biasanya Ummi beri setengah tahun (tempoh Abang Strong Boy dulu) untuk sapih sepenuhnya. Lil Saabirah setuju untuk sapih awal katanya Susu Choc DL lagi sedap hehe... Bagi Ummi lebih puas kerana permintaannya lebih banyak. Alhamdulillah dah besau anak Ummi Abi yang ni.

Terima kasih setinggi2 pujian untuk Nya atas ilham pengalaman menyapih Lil Saabirah. 

🍼🍼🍼🍼🍼🍼🍼

Comments