Sudah berubah-ubah nama-nama mereka. Dari TOR-TIS kepada 'K' (Kecil) dan 'B' (Besar). Tak pasti anak-anak F panggil mereka apa sekarang. Apa-apa pun mereka panggil tetap anak-anak Ummi F dan kami sangat rindu mereka.
Terima kasih tak terhingga buat Nenek H yang terus gigih menemani mereka di Melaka sana.
Ya Allah terima kasih atas peluang ini. Pengalaman mengasihi Hamba-hambaMu yang lain. Agar terus tertingkat juga Iman kita dengan mendekati makhluk-makhluk ciptaanMu. Dan mereka mendoakan kita kerana kebaikan kita kepada mereka.
Masih ingat kenapa Abi F membeli mereka yang sebesar duit 50sen masa itu. Asalnya dari permintaan Anak-anak F untuk ke Zoo. Kami belum bersedia untuk ke Zoo lagi masa itu. Kami fikir agak mahal dengan keadaan mungkin mereka akan lupa pengalaman itu kerana masih kecil lagi.
Apa-apa pun yang Allah izinkan.
Alhamdulillah Alhamdulillah Segala Puji hanya untuk Mu Ya ALLAH.
Comments
Post a Comment